DATUK BANDAR ALOR SETAR ADAKAN PERTEMUAN STRATEGIK BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI INDAH WATER KONSORTIUM (IWK)

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Kuala Lumpur, 29 Januari 2026 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah mengadakan sesi pertemuan rasmi bersama kepimpinan tertinggi Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd., hari ini.
 
Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi IWK, YB Tuan Haji Ahmad Johnie Haji Zawawi serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IWK, Encik Narendran Maniam.
 
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam menyelaras isu teknikal dan perundangan berkaitan sistem pembetungan serta sanitasi demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan warga bandar raya Alor Setar.
 
Turut serta mengiringi Datuk Bandar dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, Encik Azhan Ramli dan Pegawai Undang-Undang MBAS, YBrs. Dr. Elina Mohd serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content