DATUK BANDAR ALOR SETAR DAN TUAN SETIAUSAHA MBAS HADIR MERIAHKAN KARNIVAL ULANG TAHUN KE-22 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 30 Januari 2026 (Jumaat) – Kemeriahan sambutan Ulang Tahun Bandaraya Alor Setar ke-22 di perkarangan Stadium Darul Aman malam tadi diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya bersama Tuan Setiausaha MBAS, Encik Mohamad Shahuri Mohamad Norlin.
 
Datuk Bandar bersama Tuan Setiausaha telah hadir bagi menyempurnakan acara pelepasan peserta MBAS Neon Night Walk, sebuah acara larian santai yang mendapat sambutan hangat daripada warga bandar raya yang tampil dengan aksesori bercahaya penuh warna-warni.
 
Seusai menyempurnakan pelepasan, Datuk Bandar dan Tuan Setiausaha turut turun padang meninjau suasana sekitar tapak karnival dan menyantuni para peniaga serta beramah mesra dengan ribuan pengunjung yang hadir membanjiri tapak acara.
 
 
Skip to content