KEMPEN PEMBAYARAN CUKAI PINTU MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR ZON 12 TERIMA SAMBUTAN BAIK PENDUDUK SETEMPAT
Alor Setar, 7 Februari 2026 (Sabtu) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meneruskan inisiatif Kempen Pembayaran Cukai Pintu dengan turun padang mendekati komuniti di Kawasan Zon 12, bertempat di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, pagi semalam. Program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha MBAS, Encik Mohd Shahuri Mohd Norlin yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar.
Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat ini merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 12 (Datuk Kumbar-Derga Jaya), Puan Susilawati Abdul Wahab, dengan bantuan Penolong Pegawai Kawasan, Encik Mohd Faizal Abu Bakar.
Antara perkhidmatan utama yang disediakan sepanjang kempen tersebut merangkumi kaunter pembayaran cukai pintu dan cukai tanah, kaunter promosi pengurangan kompaun parkir MBAS sehingga 60 peratus, Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Putra Medical Centre (PMC), pameran kesedaran oleh SWCorp, serta kaunter promosi daripada CelcomDigi.
Pendekatan turun padang ini bertujuan untuk memudahkan urusan orang awam selain memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan swasta bersama komuniti melalui penyediaan pelbagai perkhidmatan bersepadu di satu lokasi.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli MBAS Zon 10, Encik Amir Ahmad; para pengarah dan ketua bahagian MBAS, ketua-ketua komuniti serta penduduk setempat.
