KETUA POLIS DAERAH KOTA SETAR ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI MAJLIS MBAS PENGGAL 2025-2027
Alor Setar, 28 Januari 2026 (Rabu) – Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali telah menyempurnakan Upacara Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi penggal 2025-2027, pagi ini.
Upacara tersebut telah dilafazkan di hadapan Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, bertempat di Dewan Mesyuarat UTC, Aras 5, UTC Kedah.
Pelantikan YDH ACP Syed Basri sebagai Ahli Majlis ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Gabungan ini dijangka akan memantapkan lagi aspek penguatkuasaan undang-undang serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di Bandar Raya Alor Setar.
Seluruh warga kerja MBAS serta barisan Ahli Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pelantikan ini dan selamat menjalankan amanah demi kesejahteraan warga bandar raya Alor Setar.
