KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE MEDAN SELERA ALOR MERAH
Alor Setar, 26 Januari 2026 (Isnin) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, telah berkunjung ke Medan Selera Alor Merah, pagi tadi.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk meninjau keadaan semasa fasiliti awam di premis berkenaan, selain mengambil peluang untuk beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung yang sedang menjalankan aktiviti harian di medan tersebut.
Dalam sesi pertemuan tersebut, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar telah meluangkan masa mendengar sendiri keluhan serta aduan berbangkit yang disuarakan oleh komuniti peniaga di situ. Antara perkara yang diberi perhatian adalah berkaitan aspek penyelenggaraan, kebersihan, dan keselesaan infrastruktur bagi memastikan medan selera tersebut berada dalam tahap terbaik buat para pengunjung.
