KERJA-KERJA PENGINDAHAN LANDSKAP DI JALAN ANAK BUKIT
Alor Setar, 29 Januari 2026 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Landskap dan Rekreasi kini sedang giat menjalankan kerja-kerja pengindahan landskap di sekitar persimpangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Jalan Anak Bukit, hari ini.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBAS untuk meningkatkan keceriaan di pintu masuk utama bandar raya. Antara kerja yang dilaksanakan termasuklah penyelenggaraan struktur hiasan landskap unik berbentuk basikal yang menempatkan pokok bunga hiasan bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa kelihatan menarik serta memberikan imej positif kepada pengunjung.
