KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)
Putrajaya, 29 Januari 2026 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bertempat di Putrajaya, hari ini.
Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat Kementerian Kewangan, YBrs. Puan Nor Azizati Hamzah.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan pihak Kementerian dalam menyelaras isu-isu berkaitan pengurusan Bangunan Urban Transformation Centre (UTC) Kedah.
Turut serta mengiringi Datuk Bandar dalam pertemua tersebut ialah Pengurus UTC Kedah, YBrs. PMgr. Sr. Zamzama Mohd serta Ketua Unit Pengurusan UTC Kedah, Encik Aznan Othman.
