LAWATAN KERJA YB MENTERI DALAM NEGERI KE PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) KEDAH

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 7 Februari 2026 (Sabtu) – Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah (MTPNG), Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengadakan satu lawatan kerja strategik ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah, petang semalam.
 
Lawatan kerja ini bertujuan membincangkan secara terperinci permohonan peruntukan bagi cadangan kerja-kerja baik pulih struktur dan naik taraf bangunan UTC Kedah. Sesi lawatan tersebut telah dipengerusikan bersama Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya.
 
Fokus utama tinjauan adalah bagi menilai keadaan fizikal semasa bangunan serta mengenal pasti keperluan kerja-kerja baikpulih struktur serta penaiktarafan bangunan berkenaan. Langkah ini penting bagi memastikan UTC Kedah terus berfungsi sebagai pusat sehenti yang selamat, selesa, dan efisien kepada rakyat.
 
Komitmen kerajaan dalam memastikan fasiliti perkhidmatan awam di UTC Kedah terus diperkasa adalah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, yang meletakkan kesejahteraan dan kemudahan rakyat sebagai keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah, Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH DCP Baderulhisham Baharudin; Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri Syed Ali; Tuan Setiausaha MBAS, Encik Mohamad Shahuri Mohd Norlin; Pengurus UTC Kedah, YBrs. PMgr. Sr. Zamzama Mohd, serta wakil-wakil agensi terlibat.
 
 
Skip to content