MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR TERIMA ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON
Kuala Lumpur, 12 Februari 2026 (Khamis) — Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima Anugerah Bandar Rendah Karbon (3 Diamond) bagi kategori Tenaga dan Air melalui ‘Low Carbon City Challenge 2030’ yang dilaksanakan di Pejabat MBAS.
MBAS telah diwakili oleh Tuan Setiausaha, Encik Mohamad Shahuri bin Mohamad Norlin bagi menerima anugerah tersebut dalam majlis yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Anugerah ini diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemaju, universiti, pemilik bangunan serta pihak berkepentingan sebagai pengiktirafan terhadap usaha mengurangkan pelepasan karbon dan memperkukuh agenda kelestarian.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan MBAS dalam merealisasikan Alor Setar sebagai bandar rendah karbon, mampan dan berdaya huni menjelang 2030.
