MENTERI BESAR KEDAH SOKONG INISIATIF KAUNTER BERGERAK MBAS, HADIR TUNAI TANGGUNGJAWAB JELASKAN CUKAI PINTU MBAS

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 28 Januari 2026 (Rabu) – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah hadir menjelaskan pembayaran cukai pintu Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di perkhidmatan kaunter bergerak yang disediakan di perkarangan Wisma Darul Aman, pagi tadi.
 
Kehadiran beliau telah menunjukkan sokongan terhadap inisiatif kaunter bergerak MBAS yang memudahkan warga bandar raya menjelaskan tunggakan serta cukai semasa tanpa perlu hadir ke ibu pejabat MBAS. Turut hadir mengiringi beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Khazali, yang turut menyaksikan kelancaran operasi kaunter tersebut.
 
Langkah kepimpinan negeri ini secara tidak langsung menjadi teladan kepada seluruh warga bandar raya untuk bersama-sama menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu tepat pada masanya. Hasil kutipan cukai tersebut merupakan sumber penting bagi MBAS untuk terus menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti serta melaksanakan projek pembangunan infrastruktur demi kesejahteraan warga bandar raya Alor Setar.
 
Pihak MBAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar atas kesudian meluangkan masa menggunakan perkhidmatan kaunter bergerak MBAS, sekali gus menyuntik semangat kepada warga kerja MBAS untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.
 
 
Skip to content