

04 Mac 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menjalankan Operasi Bersepadu Kenderaan Berat di sekitar daerah Kulim.
Operasi tersebut memberi penekanan terhadap pemantauan serta tindakan terhadap kesalahan melibatkan kenderaan berat yang diletakkan di lokasi tidak dibenarkan.
Sepanjang operasi dijalankan, pihak JPJ telah mengambil tindakan terhadap kesalahan kenderaan berat yang diletakkan di bahu jalan utama serta di kawasan berdekatan selekoh yang boleh mengganggu aliran trafik dan membahayakan pengguna jalan raya.
Dalam masa yang sama, anggota penguatkuasa MPKK turut mengambil tindakan terhadap kesalahan kenderaan berat yang diletakkan di dalam kawasan taman-taman perumahan.
Setiap kenderaan berat perlu mendapatkan permit tapak simpanan kenderaan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kenderaan hendaklah diletakkan di tapak simpanan yang telah diluluskan. Tindakan notis dan kompaun boleh dikenakan jika didapati melanggar arahan yang telah ditetapkan.
Operasi ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan tiada lagi kenderaan berat bertindak meletakkan kenderaan di kawasan taman perumahan secara sesuka hati sehingga menganggu ketenteraman penduduk.