PROGRAM EASY LESEN MBAS TERIMA SAMBUTAN BAIK MASYARAKAT, PEMUDAH CARA LESEN PERNIAGAAN BUAT WARGA BANDAR RAYA ALOR SETAR
Kuala Kedah, 12 Februari 2026 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 1 MBAS, Encik Azizi Abdullah telah menganjurkan Program Easy Lesen MBAS bertempat di Masjid Tengku Abdul Rahman Putra, pagi tadi.
Program yang berlangsung itu diadakan bertujuan memberikan penerangan secara langsung serta memudah cara urusan pendaftaran lesen perniagaan bagi komuniti dalam kawasan pentadbiran MBAS. Inisiatif ini memfokuskan kepada kepentingan mematuhi undang-undang pelesenan dan memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan secara sah serta tersusun mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Hasil daripada pendekatan turun padang ini, sebanyak 38 permohonan merangkumi 34 permohonan lesen Penjaja dan 4 lesen Premis perniagaan telah diterima.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MBAS dalam memperkukuh pematuhan pelesenan serta menyokong pembangunan ekonomi setempat ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, selamat dan berdaya saing.
“Perniagaan yang berkat bermula dengan pematuhan yang tepat; undang-undang dipatuhi, komuniti dilindungi.”
