PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA DAN BACAAN YASIN BULANAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
Alor Setar, 04 Januari 2026 (Rabu) – Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Puspanita MBAS dan Biro Agama & Dakwah, Kelab MBAS telah mengadakan Program Solat Sunat Dhuha Dan Bacaan Yasin Bulanan bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, pagi tadi.
Solat Sunat Dhuha berjemaah telah dipimpin oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri bin Mohamad Norlin dan Bacaan Yasin telah dipimpin oleh Ustaz Halimuddin bin Ahmad, Imam Masjid Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.
Hadir sama ialah Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta semua kakitangan dan ahli Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar.
