PROGRAM TAKLIMAT PENIAGA-PENIAGA BAZAR RAMADAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 5 Februari 2026 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Taklimat Peniaga-Peniaga Bazar Ramadan MBAS Tahun 2026, yang berlangsung di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS, baru-baru ini.
 
Sesi taklimat ini merupakan platform penting bagi memastikan para peniaga bersedia mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan. Program ini telah dijayakan menerusi perkongsian ilmu daripada pelbagai agensi strategik termasuk Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar, wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pengurus TEKUN, serta Pengerusi Persatuan Penjaja Negeri Kedah.
 
Selain aspek kesihatan, Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali turut menyampaikan taklimat khusus berkaitan pematuhan syarat-syarat permit sementara perniagaan.
 
Pihak MBAS ingin mengingatkan agar para peniaga tidak mengubah susun atur gerai yang telah ditetapkan. Pematuhan ini amat penting bagi mengelakkan sebarang halangan di laluan bazar yang boleh menjejaskan keselesaan pengunjung serta kelancaran operasi bazar.
 
“Bazar Ramadan meriah suasana,
Peniaga tersusun rezeki dijana,
Kebersihan dijaga sepanjang masa,
Separuh iman jadi amalan bersama.”
 
 
Skip to content