TINDAKAN KAWALAN JENTIK-JENTIK DI SEKITAR KOMPLEKS HIJAU KUNING

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 5 Februari 2026 (Khamis) – Unit Kawalan, Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan MBAS telah mengambil tindakan segera berhubung aduan penemuan jentik-jentik di sekitar Kompleks Hijau Kuning, Jalan Sultan Abdul Halim, hari ini.
 
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat pembiakan jentik-jentik seperti yang dilaporkan. Susulan itu, tindakan kawalan telah diambil oleh Unit Kawalan Penyakit dengan penggunaan bahan abate di dalam saliran longkang berkenaan. Pemantauan susulan akan dijalankan secara berkala di lokasi tersebut bagi memastikan pembiakan tidak berulang.
 
Pihak MBAS sentiasa prihatin terhadap aduan warga bandar raya. Jika anda mempunyai sebarang aduan awam yang ingin dikemukakan, sila hubungi talian Aduan MBAS (WhatsApp) di 019-521 1123.
 
 
Skip to content