TUAN SETIAUSAHA MBAS HADIR KE SIDANG KEDUA ISTIADAT KONVOKESYEN HUFFAZ NEGERI KEDAH 2026
Alor Setar, 31 Januari 2026 – Tuan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Encik Mohamad Shahuri Mohamad Norlin telah hadir mewakili Datuk Bandar Alor Setar ke Sidang Kedua Istiadat Konvokesyen Huffaz Negeri Kedah 2026.
Majlis yang berlangsung di Dewan Konvokesyen, Al Bukhary International University (AIU) ini diadakan bagi meraikan pencapaian cemerlang para huffaz yang telah berjaya menamatkan pengajian hafazan Al-Quran mereka.
MBAS merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan huffaz yang diraikan dan berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus memartabatkan Al-Quran.
