DATUK BANDAR TINJAU KEROSAKAN ASET ALIH MAJLIS

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 09 Mac 2026 (Isnin) – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya telah mengadakan lawatan ke setor MBAS di Limbong Kapal, Alor Setar pada awal pagi ini. Lawatan tersebut bertujuan meninjau kerosakan aset alih Majlis seperti tandas bergerak yang turut disertai oleh pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBAS.
 
Tindakan bersesuaian seperti pembaikan atau penukaran tandas bergerak yang baru akan dilakukan dengan kadar segera memandangkan perkhidmatan penyewaan tandas bergerak merupakan salah satu dari perkhidmatan Majlis yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
 
YBhg. Datuk Bandar juga mengambil kesempatan untuk bertemu muka dan bertanya khabar dengan para kakitangan dari Unit Setor, Bahagian Perkhidmatan Bandar, MBAS yang bertugas di setor tersebut.
 
Skip to content