KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TERUSAN WAN MAT SAMAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 12 Februari 2026 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerusi Unit Gerak Cepat, Jabatan Kesihatan Persekitaran dengan kerjasama Inderaloka Sdn Bhd, kontraktor E-Idaman Sdn. Bhd. telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Terusan Wan Mat Saman berdekatan tapak penjaja Tandop, hari ini.
 
Pihak MBAS ingin menyeru orang ramai agar tidak membuang sampah ke dalam saliran, parit, atau terusan. Sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap ke dalam sistem perparitan merupakan antara punca utama berlakunya banjir kilat, pembawakan penyakit dan pencemaran bau yang menjejaskan keselesaan penduduk.
 
Kerjasama semua warga bandar raya amatlah diharapkan untuk melupuskan sampah di tong yang disediakan demi memelihara kebersihan dan kesejahteraan bandar raya Alor Setar secara bersama.
 
Skip to content