KOLABORASI MBAS DAN JKR MENCERIAKAN MEDIAN JALAN RAJA
Alor Setar, 5 Mac 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sedang melaksanakan kerja-kerja mengecat median di Jambatan Jalan Raja melalui kolaborasi bersama JKR Daerah Kota Setar dan JKR Kedah Darul Aman.
Program ini melibatkan kakitangan Bahagian Jalan dan Lalu Lintas, Unit Rondaan dan Penyenggaraan (URDP), Bahagian Landskap dan Rekreasi serta Unit Gerak Cepat (UGC) MBAS bersama kakitangan JKR Daerah Kota Setar dan Bahagian Jalan JKR Kedah Darul Aman.
Aktiviti ini turut dibantu oleh Warden Trafik MBAS bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang kerja dijalankan.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Zon 3, Dato’ Ch’ng Boon Chye, Ahli Majlis Zon 8, En. Khairuddin Bin Arshad serta Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha dalam meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta menceriakan persekitaran jambatan di laluan masuk ke Pusat Bandar Alor Setar. Kerja-kerja mengecat median ini akan diteruskan sehingga keseluruhan kerja selesai.
