KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE BAZAR RAMADAN PEREMBA, ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 27 Februari 2026 (Jumaat) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya bersama Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang diketuai oleh Pengerusinya, Encik Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff telah berkunjung ke Bazar Ramadan Peremba, Alor Setar petang tadi.
 
Lawatan tersebut diadakan bagi melihat sistem operasi dan kemudahan bazar tersebut serta memastikan kebersihan, keselamatan, dan keselesaan buat para peniaga dan pengunjung sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
 
Selain itu, edaran risalah perintah khidmat masyarakat serta plastik sampah kepada para peniaga turut diadakan bagi mendidik para peniaga dan pengunjung mengenai kepentingan aspek kebersihan yang perlu diutamakan sepanjang pengoperasian bazar ramadan tersebut.
 
Hadir sama Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Promosi, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Jazilah Jalaludin, Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali, Pegawai- Pegawai SWCorp Kedah serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content