PROGRAM BUBUR LAMBUK @BANDAR RAYA ALOR SETAR TAHUN 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 5 Mac 2026 (Khamis) – Sebanyak 1000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai bertempat di pekarangan Lobi Pekan Rabu, Alor Setar petang tadi. Program Bubur Lambuk @Bandar Raya Alor Setar kali ini dianjurkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Koperasi Pekan Rabu dan Kelab MBAS yang diadakan bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadan sekaligus memupuk umat Islam agar mengamalkan budaya memberi atau bersedekah.
 
Edaran bubur lambuk berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Pekan Rabu, Encik Shahrizal Zolkepli; Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Program agihan bubur lambuk ini seterusnya akan diadakan pada 12 Mac 2026 (Khamis) bersamaan 22 Ramadan 1447H, jam 3.00 petang juga bertempat di pekarangan Lobi Pekan Rabu, Alor Setar. Seluruh warga bandar raya dijemput hadir.
 
Skip to content