SESI PERBINCANGAN BERSAMA TRASH4CASH BERKAITAN PROGRAM TRASH4CASH DI BAWAH PROJEK REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB)

Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Tuan Pengerusi Trash4Cash Ir. Mhd Saiful Anuar bin Zainal bagi membincangkan pelaksanaan Program Trash4Cash yang dilaksanakan di bawah Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, bersama Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian MPSPK.

Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh pelaksanaan program tersebut serta meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa melalui amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Selain itu, sesi ini turut menyentuh usaha penambahbaikan dalam pelaksanaan program termasuk memperluaskan penyertaan komuniti serta meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan pengasingan sisa dan amalan kitar semula.

Dimaklumkan bahawa pada tahun lalu, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah berjaya memperoleh dua sijil pengiktirafan melalui penyertaan dalam projek RKB. Pencapaian ini menjadi pemangkin kepada pihak MPSPK untuk terus memperkasakan pelaksanaan Program Trash4Cash serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan program ini memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat serta menyokong agenda kelestarian alam sekitar.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content