Makluman kepada semua penduduk kawasan Gurun dan sekitarnya

Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) akan menyediakan 𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 pada pagi ini. Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan urusan pembayaran cukai pintu oleh penduduk setempat, terutamanya mereka yang berada jauh daripada pejabat MPSPK.

Berikut adalah butiran lokasi dan masa operasi kaunter bergerak tersebut seperti jadual yang dinyatakan :

  • Khamis | 12 Mac 2026
  • Pasar Pagi Taman Ria Mesra (8.30 pagi- 11.00 pagi)

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk membuat pembayaran cukai pintu dengan lebih mudah dan cepat. Pelanggan digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai (𝒄𝒂𝒔𝒉𝒍𝒆𝒔𝒔) bagi menyokong inisiatif digitalisasi perkhidmatan awam di bawah kempen KEDAH CASHLESS.

Kaedah pembayaran yang diterima di kaunter bergerak adalah seperti berikut:

  • Kad Debit / Kad Kredit (termasuk AMEX)
  • Perbankan Dalam Talian
  • Dompet Digital (eWallet) : TNG eWallet

Sehubungan dengan itu, pelanggan dinasihatkan agar menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan FI borang E sebanyak RM20.00 dikenakan sekiranya bayaran lewat dibuat.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MPSPK di talian rasmi atau layari laman web kami.

Jom bayar cukai pintu, tanggungjawab kita bersama.

Skip to content