MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT & IFTAR RAMADAN DI HOTEL SERASI PADI

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH

Alor Setar, 16 Mac 2026 (Isnin) – Pada tanggal 26 Ramadan 1447 Hijriyah yang lalu, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat & Iftar Ramadan yang berlangsung di hOTEL Serasi Padi, Alor Setar. Majlis bermula seawal jam 5.30 petang dengan ketibaan para jemputan, diikuti ketibaan tetamu kehormat, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar. Turut hadir para pengarah jabatan dan ketua bahagian MBAS, rakan kolaborasi strategik, pengurusan Serasi Padi serta pegawai dan kakitangan MBAS.
 
Atur cara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah, diikuti ucapan alu-aluan oleh wakil penganjur serta ucapan kolaborasi daripada pihak AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. Seterusnya, Datuk Bandar Alor Setar menyampaikan ucapan perasmian yang menekankan kepentingan jalinan kerjasama strategik serta pengukuhan nilai kebersamaan dalam komuniti. Majlis diteruskan dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Zahir, Tuan Sheikh Mohd Naim Haji Ahmad, sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan sepanjang bulan Ramadan.
 
Sebagai simbol penghargaan, sesi penyampaian cenderamata kepada Datuk Bandar turut diadakan, diikuti sesi bergambar kenangan. Majlis kemudian diteruskan dengan berbuka puasa, solat Maghrib, dan jamuan iftar secara bufet. Turut mencuri tumpuan adalah penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial pihak penganjur. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan Tarawih serta jamuan moreh sebelum bersurai kira-kira jam 10.30 malam dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah.
 
Skip to content