SEIKHLAS HATI, SEPUTIH BUDI: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

“Gema takbir bergema menandakan kemenangan buat seluruh umat Islam, dan dalam keriangan menyambut hari yang mulia ini, seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin atas segala khilaf serta kekurangan sepanjang kami memberikan perkhidmatan kepada anda semua. Di kesempatan ini, kami mendoakan agar sambutan lebaran tuan-tuan dan puan-puan di daerah Kubang Pasu ini diserikan dengan kegembiraan bersama insan tersayang, di samping terus mengekalkan ukhuwah dan keharmonian sesama kita. Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti ke arah Kubang Pasu yang lebih sejahtera serta makmur. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, serta seluruh kakitangan MPKP.

#perbandaranbersihindah
#majlisperbandarankubangpasu
#MPKP

📱

 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh

Skip to content