DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR SAMBUTAN HARI POLIS KE-219 IPD KOTA SETAR
Alor Setar, 25 Mac 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya telah hadir ke Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 yang dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar bertempat di Dewan Serbaguna Perumahan Kolam Air, IPD Kota Setar.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar bersama YBhg Puan Hara binti Subti, Pengerusi PERKEP IPD Kota Setar. Turut hadir ialah Puan Wan Marini binti Wan Hamzah, Pengarah Kastam Negeri Kedah, TKP Nor Haizan bin Md Isa, Pengarah Penjara Pokok Sena, serta En. Mohd Hafiz bin Abd Latiff, Timbalan Penguasa Penjara Alor Setar. Majlis turut dihadiri Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai IPD Kota Setar, wakil agensi kerajaan, syarikat swasta, institusi perbankan, pesara polis serta ahli PERKEP.
Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 terus mengangkat tema “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”, yang kekal menjadi teras utama dalam usaha memastikan tahap keselamatan, keamanan, serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin.
