KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
| BIL | TAJUK | NO SEBUT HARGA | KOD BIDANG |
| 1. | SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGUKUR, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN KORPORAT AHLI MAJLIS, JAKET PEGAWAI MPSPK SERTA AKSESORI PENGUATKUASA DAN BAILIF UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN | NO. 15/2026 (PER) | 020801 ATAU 020899 DAN 222401 |
Harga Dokumen : RM20.00 SENASKAH (KAD DEBIT & KAD KREDIT)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK mulai 01 APRIL 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 1.45 petang – 4.00 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 1.45 petang – 2.30 petang |
Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 08 APRIL 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut harga di Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan), Tingkat 4, Menara MPSPK, Majlis Perbandaran Sungai Petani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 01 APRIL 2026