PEMAKLUMAN
PERBEZAAN LESEN & PERMIT – JANGAN KELIRU!
Masih ramai yang keliru antara lesen perniagaan dan permit sementara. Jom fahami perbezaannya supaya urusan perniagaan anda lebih lancar.
LESEN PERNIAGAAN
- Kebenaran rasmi untuk operasi secara tetap
- Digunakan untuk aktiviti berterusan
- Biasanya jangka panjang (boleh diperbaharui)
Contoh : Lesen Premis Perniagaan, Lesen Penjaja Statik/Bergerak dan Lesen Iklan
PERMIT SEMENTARA
- Kebenaran khas untuk aktiviti sementara
- Untuk situasi atau tujuan tertentu sahaja
- Biasanya jangka pendek
Contoh : Permit Sementara Sepanduk/Bunting, Permit Sementara Khemah, Permit Sementara Untuk Acara dan Permit Sementara Kerusi Meja
Ringkasnya:
Lesen = Kebenaran tetap
Permit = Kebenaran sementara
Pastikan anda memohon jenis kebenaran yang betul sebelum menjalankan perniagaan bagi mengelakkan sebarang tindakan.
Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi talian 04-4296666 sambungan ke Jabatan Pelesenan.
