30 Mac 2026 – Satu majlis penuh bermakna telah berlangsung bagi menyaksikan detik penting penyerahan amanah dan tanggungjawab Pegawai Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Kulim. Ketua Pegawai Digital (CDO) MPKK, Gs. Ts. Mohammad Daniel Bin Shukor secara rasmi menyerahkan tugas kepada Cik Nurhanis Athirah Binti Fadzil sebagai Pegawai Teknologi Maklumat yang baharu. Beliau seterusnya akan menyambung perkhidmatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam ucapan penuh penghargaan, Gs. Ts. Mohammad Daniel Bin Shukor menzahirkan ucapan perpisahan kepada seluruh warga Majlis Perbandaran Kulim serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan dan kepimpinan Cik Nurhanis Athirah Binti Fadzil untuk menerajui Bahagian Pengurusan Maklumat dengan cemerlang.

Penyerahan tugas ini disaksikan oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK, sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada kedua-dua pegawai tersebut. Turut hadir barisan pengarah jabatan, pegawai serta seluruh anggota Bahagian Pengurusan Maklumat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Gs. Ts. Mohammad Daniel Bin Shukor yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi sejak 15 Jun 2016, atas segala sumbangan dan komitmen yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Selamat menjalankan tugas kepada pegawai baharu Cik Nurhanis Athirah Binti Fadzil, dalam meneruskan kecemerlangan organisasi. Semoga MPKK terus melangkah maju dalam mendigitalkan perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#PenyerahanTugas

Skip to content