







2 April 2026 – Satu Operasi Sitaan Kenderaan Terbiar telah dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) di sekitar kawasan Taman Lobak.
Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak enam (6) buah kenderaan buruk dan terbiar telah berjaya disita setelah arahan Notis Halangan Tempat Awam tidak diendahkan dan menerima aduan rasmi berulang daripada penduduk setempat.
Pihak MPKK ingin menasihatkan orang awam agar tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan terbiar yang boleh menjejaskan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran.
Mengikut Seksyen 46 (1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], mendefinasikan kenderaan terbiar sebagai mana-mana kenderaan atau apa-apa bahagiannya yang diletakkan atau menyebabkan halangan di mana-mana tempat awam, lebuh dan siar kaki atau dalam mana-mana kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan.