






30 Mac 2026 – Program Tree Planting: Sustainable Initiative for Future Generations telah dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Hi-P Electronics Malaysia.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini merupakan inisiatif pihak Hi-P Electronics Malaysia yang telah menyumbangkan sebanyak 20 beg anak pokok bunga kertas pelbagai warna bagi tujuan menceriakan dan memperindah kawasan Taman Tasik Putra, Kulim.
Selaras dengan slogan “Bloom Today, Sustain Tomorrow”, pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh amalan kelestarian alam sekitar serta mewujudkan persekitaran hijau yang kondusif dan menarik kepada masyarakat setempat.
Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Atasan Hi-P Electronics Malaysia, Puan Aida Hayati bersama 10 orang kakitangan. Pihak MPKK pula diwakili oleh Puan Ts Rozita binti Awang, Penolong Pengarah Bahagian Landskap, Jabatan Perancangan dan Landskap bersama 20 orang anggota MPKK.
Selain aktiviti penanaman pokok, para peserta turut melaksanakan kerja-kerja mengecat bebola batu di sekitar kawasan taman sebagai usaha penambahbaikan elemen landskap, sekali gus meningkatkan nilai estetika dan keceriaan persekitaran.
Sesungguhnya, program ini bukan sahaja menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar, malah memperkukuh semangat kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam merealisasikan pembangunan bandar yang mampan.