PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMILIK PREMIS DI KAWASAN MAJLIS

Majlis ingin menarik perhatian semua pemilik premis agar segera menjelaskan tunggakan cukai pintu yang masih belum diselesaikan.

Tunggakan yang berlarutan bukan sahaja menjejaskan rekod bayaran anda, malah boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak Majlis.

TINDAKAN PENGUATKUASAAN
Dimaklumkan bahawa pihak Majlis akan melaksanakan operasi sitaan harta alih ke atas premis yang masih gagal menjelaskan tunggakan, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

ELAKKAN KESULITAN DAN KERUGIAN

Sehubungan itu, semua pemilik premis disarankan untuk:

  • Menyemak status cukai pintu masing-masing
  • Menjelaskan tunggakan dengan kadar segera
  • Menghubungi pihak Majlis sekiranya memerlukan penjelasan lanjut atau kaedah bayaran

Pembayaran yang dibuat lebih awal dapat membantu anda mengelakkan sebarang tindakan sitaan serta memastikan urusan perniagaan berjalan lancar tanpa gangguan.

“Elakkan tunggakan, elakkan sitaan”

Pihak Majlis amat menghargai kerjasama dan komitmen semua pihak dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kesejahteraan dan pembangunan kawasan bersama.

Terima kasih.

Skip to content