KOLABORASI MBAS–UUM PERKUKUH AGENDA BANDAR PINTAR DAN PELANCONGAN LESTARI.

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 05 April 2026 (Ahad) – MBAS menerima kunjungan hormat daripada pensyarah College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Azizi Aziz, Prof. Madya Dr. Rahayu Ahmad dan Dr. Syahida Hassan ke atas YBhg. Dato’ Bandar Alor Setar.
 
Kunjungan ini menjadi pemangkin kepada penganjuran MBAS–UUM Executive Talk Series 2 : Driving Sustainable Tourism Through ICT — satu platform strategik yang menggabungkan kepakaran akademik dan amalan industri dalam memperkasa pelancongan bandar melalui inovasi digital dan teknologi pintar.
 
Turut sama, Dr. Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang MBAS dan Encik Ahmad Syahmi bin Annuar Mahayuddin
 
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan MBAS dalam memacu pembangunan bandaraya yang progresif, berdaya saing dan lestari selari dengan aspirasi bandaraya pintar.
 
Skip to content