OPERASI BERSEPADU CEGAH WABAK DENGGI DI TAMAN SAGA, ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 2 April 2026 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar sentiasa komited dalam membanteras penularan wabak denggi bagi memastikan persekitaran bandar raya yang lebih selamat dan sihat. Menerusi komitmen tersebut, satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Aedes telah dilaksanakan baru-baru ini di kawasan Taman Saga yang digerakkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Penguatkuasaan MBAS dengan kerjasama pihak PKD Kota Setar.
 
Hasil daripada operasi bersepadu yang dijalankan, sebanyak 252 buah premis telah dilawati. Daripada jumlah keseluruhan itu, 119 buah premis telah berjaya diperiksa, 125 buah premis didapati berkunci, manakala baki lapan ( 8 ) buah lagi adalah premis kosong.Dalam operasi tersebut, pihak PKD Kota Setar telah memfokuskan kepada pemeriksaan tempat pembiakan jentik-jentik Aedes serta penyampaian khidmat nasihat kepada penduduk setempat, dan tiada sebarang notis atau kompaun dikeluarkan oleh pihak PKD.
 
Manakala pihak MBAS telah mengeluarkan tiga (3) notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MBAS) 2011 dan Seksyen 3(H) Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (PBTNK) 1983. Selain itu, sebanyak 12 kompaun turut dikenakan kepada pemilik atau pesalah di bawah Seksyen 3(1), Seksyen 30 dan Seksyen 37(2)(D) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja & Gerai (MBAS) 2010; Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MBAS) 2011; Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBAS) 2010; serta Seksyen 3(1) dan Seksyen 38 Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MPKS) 1989.
 
Pihak MBAS menyeru seluruh warga bandar raya agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran premis masing-masing dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan serta kesihatan komuniti bersama.
 
Skip to content