




8 April 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menerima lawatan delegasi daripada Straits Of Melaka Waterfront Economic Zone Corporation (SM-WEZ Corporation) yang diketuai oleh Encik Nik Muhammad Izzat bin Azhar, Jurutera SM-WEZ Corporation bagi memperoleh pendedahan, perkongsian amalan terbaik serta rujukan strategik dalam merangka pendekatan yang lebih komprehensif dan bersesuaian bagi pembangunan kawasan yang dirancang.
Delegasi ini disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK serta barisan pengarah dan penolong pengarah jabatan dalaman MPKK.
Delegasi SM-WEZ Corporation diberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan Kulim Intelligent Command Centre (KICC), merangkumi aspek pemantauan bandar secara pintar serta integrasi sistem digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan bandar oleh Puan Uzwana binti Mahmud, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan dan Landskap, MPKK.
Secara keseluruhannya, lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua pihak, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik demi pembangunan yang lebih mampan.