








5 April 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah hadir serta menyertai Program Lelongan Awam Barangan Sitaan Cukai Taksiran yang telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai dengan penyertaan aktif dalam sesi bidaan.
Tahniah kepada para pembida yang berjaya!
Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjelaskan cukai taksiran serta mengelakkan tindakan sitaan pada masa hadapan.
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda semua.
“Jelaskan Cukai Anda, Elakkan Sitaan”