5 April 2026 – Mesyuarat Khas Keselamatan telah dipengerusikan oleh TPr. Mohammad Fadhlan bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap dengan kehadiran wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), JKR Projek FT004, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak syarikat terlibat iaitu Syarikat EVE Energy Malaysia Sdn. Bhd., Pemaju ECK dan Pemaju Klang Lama serta Jabatan Teknikal MPKK bagi membincangkan isu keselamatan setempat.

Pelbagai isu telah dibincangkan, khususnya berkaitan aspek keselamatan dan kemudahan infrastruktur di sekitar kawasan tersebut. Sehubungan itu, kerjasama bersepadu antara semua pihak amat ditekankan sebagai langkah susulan bagi memperkukuh tahap keselamatan, di samping memastikan kemudahan infrastruktur terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, komitmen dan kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam memastikan persekitaran yang lebih selamat, teratur dan kondusif, seterusnya memberi kesejahteraan berterusan kepada komuniti setempat.

#MajlisPerbandaranKulim

#KomunitiSejahtera

#KedahEveIndustrialPark

#kulim

Skip to content