





8 April 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah melaksanakan operasi merobohkan struktur gerai tanpa kebenaran di Jalan Kulim–Serdang, Mukim Sungai Ular.
Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan perobohan 3 buah struktur gerai selepas pemilik gagal mematuhi notis penguatkuasaan yang telah dikeluarkan sebelum ini bagi tujuan pengosongan tapak, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Dalam operasi sama, MPKK turut mengeluarkan 11 notis kompaun terhadap penjaja tanpa lesen serta pemilik perniagaan yang melanggar syarat lesen, termasuk menyebabkan halangan di laluan awam. Kesalahan ini diambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Dan Gerai (MPKK) 2009.
Selain itu, sebanyak 8 buah gerai telah dirobohkan sendiri oleh pemilik. Barangan dan peralatan perniagaan yang disita telah dipindahkan ke Depo Simpanan MPKK untuk tujuan rekod dan dokumentasi.
Pihak majlis menasihatkan orang ramai agar tidak mendirikan sebarang binaan tanpa kebenaran bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.