


5 April 2026 – Satu sesi perbincangan bersama KRT dan wakil penduduk Taman MBI Desaku telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, MPKK dan dipengerusikan oleh TPr. Mohammad Fadhlan bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap bagi membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh komuniti setempat.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Ahli Majlis Zon, wakil daripada Pejabat Tanah dan Daerah Kulim, Jabatan Dalaman MPKK serta KRT dan wakil penduduk Taman MBI Desaku.
Antara isu utama yang dibincangkan merangkumi beberapa perkara berkaitan infrastruktur, kemudahan awam serta aspek keselamatan di kawasan perumahan tersebut.
Sehubungan itu, pihak MPKK akan terus meneliti setiap isu yang dibangkitkan dan melaksanakan tindakan susulan secara berperingkat bersama agensi terlibat demi kesejahteraan penduduk.