

6 April 2026 – Taklimat Pra-Rundingan bersama pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) serta perunding projek telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK bagi tujuan pengumpulan maklumat awal sebelum permohonan Kebenaran Merancang (KM) dapat dikemukakan.
Projek ini merupakan antara inisiatif infrastruktur berimpak tinggi yang dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat serta menyokong keperluan pelabur, khususnya di kawasan Kulim.