MBAS-UUM EXECUTIVE TALK SERIES - SIRI 2 MEMACU PELANCONGAN PINTAR MELALUI ICT (DRIVING SUSTAINABLE TOURISM THROUGH ICT)

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 9 April 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar, Universiti Utara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah telah menganjurkan MBAS-UUM Executive Talk Series – Siri 2 Memacu Pelancongan Pintar Melalui ICT (Driving Sustainable Tourism Through ICT) yang telah berlangsung bertempat di Kedah Digital Library, baru-baru ini.
 
Objektif program ini adalah untuk memperkukuh kerjasama strategik antara pihak akademia, industri dan agensi kerajaan, memperluas promosi pelancongan secara digital melalui platform media sosial dan pemasaran dalam talian dan melahirkan tenaga kerja yang celik teknologi dan bersedia menghadapi era pelancongan pintar.
 
Program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar. Turut hadir ialah Pensyarah College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia; YBrs. Prof. Madya Dr. Azizi Aziz, Prof. Madya Dr. Rahayu Ahmad dan Dr. Syahida Hassan. Majlis turut diserikan dengan penyertaan antarabangsa menerusi kehadiran pensyarah jemputan dari University of Applied Sciences Lithuania, iaitu Dr. Ausra dan Dr. Laima.
 
Turut hadir menjayakan program tersebut ialah barisan Ahli-ahli Majlis MBAS, Ketua-ketua Jabatan MBAS, wakil-wakil agensi kerajaan seperti Kedah Tourism dan PlanMalaysia Kedah, serta wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain.
 
Bagi memastikan objektif merentasi setiap ekosistem pelancongan, program ini turut mengumpulkan para penggiat industri termasuk Persatuan Pemandu Pelancong Kedah, pengusaha-pengusaha hotel, dan pencipta kandungan digital (content creator). Tidak ketinggalan, program ini turut mendapat sokongan daripada warga akademik yang terdiri daripada barisan pensyarah dan pelajar dari Albukhary International University (AIU) dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
 
Inisiatif perbincangan strategik ini diharap dapat membuka dimensi baharu dalam perancangan pelancongan negeri Kedah, sekali gus merancakkan lagi ekonomi setempat melalui aplikasi teknologi dan komunikasi (ICT) yang mampan.
 
 
Skip to content