SERAHAN NOTIS E CUKAI TAKSIRAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
Alor Setar, 9 April 2026 – Unit Tindakan Khas, Bahagian Hasil bersama Bahagian Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah melaksanakan aktiviti serahan Notis E kepada pemilik pegangan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran di bawah kawasan pentadbiran MBAS.
Notis E ini dikeluarkan kepada pemilik pegangan yang gagal menjelaskan cukai taksiran sehingga tarikh akhir bayaran pada 28 Februari 2026, selaras dengan peruntukan Seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Sehubungan itu, pemilik pegangan/penduduk dikehendaki menjelaskan tunggakan cukai dalam tempoh 15 hari dari tarikh Notis E diterima. Kegagalan menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut boleh menyebabkan pegangan dikenakan tindakan penguatkuasaan selanjutnya termasuk waran tahanan dan penyitaan harta alih di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Pemilik pegangan/penduduk diingatkan untuk sentiasa memastikan bayaran cukai taksiran dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil. Kerjasama semua pihak amat dihargai.
