PEMAKLUMAN
PROGRAM BANDAR PRIHATIN WANITA
“Memperkasa Masyarakat, Memakmurkan Bandar”
Jom wanita hebat sekalian! Anda dijemput untuk menyertai program komuniti yang penuh dengan aktiviti menarik, menyeronokkan dan juga bermanfaat. Program ini memberi peluang kepada anda untuk menonjolkan bakat, menambah kenalan baharu serta mencipta pengalaman yang indah bersama komuniti.
Pelbagai pertandingan menarik telah disediakan untuk penyertaan anda, antaranya:
- Batu Seremban
- Solekan & Gaya Hijau
- Bola Jaring (Shoot Out)
- Gubahan Bunga
- Permainan Tradisional Congkak
Setiap acara menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan, di samping berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan untuk para pemenang.
Tarikh tutup penyertaan: 14 April 2026
Yuran penyertaan: PERCUMA
Pendaftaran amat mudah — hanya imbas QR Code yang disediakan pada poster rasmi untuk menyertai program ini.
Untuk syarat penyertaan dan maklumat lanjut, sila rujuk poster rasmi.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi urusetia program di talian berikut:
- Batu Seremban & Congkak: 012-407 5866 (Kak Chik) / 018-900 4357 (Farid)
- Solekan & Gaya Hijab: 019-382 2270 (Afeeka)
- Bola Jaring (Shoot Out): 013-530 1482 (Diana)
- Gubahan Bunga: 019-451 0750 (Rohani)
Jangan lepaskan peluang ini! Tempat adalah terhad, jadi segera daftar dan ajak rakan-rakan anda untuk turut serta memeriahkan program ini.
Kami menantikan kehadiran anda!




