13 April 2026 – Majlis Perbandaran Kulim melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) telah melaksanakan Operasi Tuntutan Tunggakan dan Sitaan Premis di sekitar Kulim serta Kelang Lama.

Sepanjang operasi tersebut dijalankan, sebanyak 25 tindakan sitaan telah dilaksanakan manakala 40 Notis Tunggakan telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang terlibat.

Pelaksanaan operasi ini adalah bertujuan untuk memastikan pemilik premis menjelaskan tunggakan sewaan serta mematuhi peruntukan yang berkuat kuasa di bawah undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kulim menyeru semua pemilik premis agar menyemak status bayaran tunggakan sewaan masing-masing dan menjelaskan sebarang tunggakan dengan kadar segera bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil pada masa hadapan.

Kerjasama semua pihak dalam menjelaskan bayaran tunggakan sewaan amatlah dihargai demi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan perbandaran yang efisien serta kesejahteraan warga Kulim secara keseluruhannya.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#operasisitaan

Skip to content