


Kubang Pasu – Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran telah mengadakan satu operasi pemeriksaan lesen perniagaan secara besar-besaran di Pasar Pagi (Market Cina).
Dalam operasi bersepadu tersebut, sebanyak 25 orang peniaga telah diperiksa bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Hasil pemeriksaan mendapati masih ada segelintir peniaga yang berdegil, menyaksikan 8 tawaran kompaun dikeluarkan serta-merta atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.
Rentetan daripada operasi itu, pihak MPKP tegas menasihati orang ramai dan para peniaga agar segera memohon lesen perniagaan yang sah. Peniaga juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi semua terma, syarat, serta undang-undang yang telah diperuntukkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang yang lebih tegas pada masa hadapan.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
