19 April 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menerima lawatan daripada Perbadanan Putrajaya bagi sesi perkongsian maklumat berkaitan Pengurusan Tadbir Urus Organisasi bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa.

Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK, manakala taklimat telah disampaikan oleh Puan Hasnita binti Mohd Hashim, Penolong Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan.

Perkongsian ini memberi penekanan kepada aspek perancangan, pelaksanaan serta pemantauan tadbir urus organisasi secara menyeluruh, merangkumi pelan strategik organisasi, pengurusan dokumen pejabat, pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti serta pembudayaan inovasi dalam organisasi.

Delegasi Lawatan Perbadanan Putrajaya diberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan Kulim Intelligent Command Centre (KICC), merangkumi aspek pemantauan bandar secara pintar serta integrasi sistem digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan bandar oleh Encik Mohd Faizul bin Abd Rahman, Penolong Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan dan Landskap.

Sesi ini diharap dapat menjadi platform pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik, seterusnya memperkukuh kecekapan tadbir urus ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif, sistematik dan berimpak tinggi.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#lawatandelegasi

Skip to content