MBAS LAKSANA OPERASI BERSEPADU PREMIS CUCI KERETA, 50 KOMPAUN & 1 NOTIS DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 21 April 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerusi Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Kawalan Bangunan telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Cuci Kereta bagi daerah Kota Setar dan Pokok Sena yang berlangsung selama dua hari pada 19 hingga 20 April 2026.
 
Operasi ini dijalankan bertujuan untuk memastikan semua pengusaha premis cuci kereta mematuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan di bawah undang-undang kecil Majlis.
 
Hasil daripada pemeriksaan tersebut, pihak MBAS telah mengeluarkan sebanyak 50 kompaun dan satu (1) notis kepada pemilik premis atas pelbagai kesalahan iaitu 37 Keping Kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (MBAS) 2010 bagi kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah, 13 Keping Kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Iklan (MBAS) 2010 bagi kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen daripada pihak MBAS serta 1 Notis dikeluarkan bagi arahan pematuhan peraturan yang ditetapkan.
 
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
Skip to content