MBAS SERTAI ACARA BOLA SEPAK INTEGRITY CUP 2026 ANJURAN E- IDAMAN SDN BHD (EISB)
Alor Setar, 25 April 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menyertai acara perlawanan bola sepak Integrity Cup 2026 anjuran E- Idaman Sdn Bhd (EISB) melalui Jabatan Integriti dan Tadbir Urus dengan kerjasama Kelab Idaman Society yang diadakan bertempat di Stadium Mini Peremba, Alor Setar.
Penganjuran perlawanan bola sepak ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara agensi-agensi terlibat yang telah sedia terjalin sejak sekian lama.
Perlawanan bola sepak ini melibatkan 4 pasukan iaitu pasukan bola sepak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp ) Negeri Kedah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah dan E-Idaman Sdn Bhd ( EISB). Perasmian program telah disempurnakan oleh ADUN Gurun merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah, Yang Berhormat Baddrol Bakhtiar.
Program turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Gafar Yahya; Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Kedah, Tuan Syed Aswadi Syed Suffian, Ketua Divisyen Sokongan Perniagaan EISB, Encik Mokhtaruddin Mohd Salleh, Ketua Divisyen Operasi EISB, Encik Munir Amani Dasheer, Pengurus Cawangan SWCorp Alor Setar mewakili Pengarah SWCorp Negeri Kedah Tuan Mohd Azam Abd Hamid , Pengerusi Kelab Idaman Society , Encik Mohd Fakhri Mohd Radzi serta ketua-ketua jabatan MBAS, SWCORP, EISB dan SPRM.
Pasukan bola sepak MBAS menjadi juara buat edisi sulung Integrity Cup kali ini manakala tempat kedua diraih oleh pasukan EISB. Tempat ketiga dan keempat dirangkul oleh pasukan SWCorp Negeri Kedah dan SPRM Negeri Kedah.
Tahniah diucapkan kepada kesemua pasukan bola sepak yang telah bertanding dan tahniah kepada E- Idaman Sdn Bhd (EISB) atas penganjuran perlawanan ini.
