PEMAKLUMAN
JOM PAKAT MAI RAMAI-RAMAI! HARI KOMUNITI ZON BOUGAINVILLEA
Anda tinggal di sekitar Bandar Puteri Jaya? Ini peluang terbaik untuk kita sama-sama mencantikkan kawasan sambil mengeratkan hubungan kejiranan!
Kita jumpa esok di Zon Bougainvillea untuk program Gotong-Royong Rakan Taman. Bukan setakat cuci longkang atau kutip sampah, ada senaman aerobik dan pameran agensi kerajaan juga!
Tarikh: Selasa, 28 April 2026
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Lokasi: Kawasan Lapang Plot 13541 (Bersebelahan Surau Al Mubarak)
APA LAGI YANG ADA ESOK?
1. KAUNTER VAN BERGERAK CUKAI PINTU MPSPK
- Mudah sangat! Tak perlu ke bandar. Kaunter van bergerak akan ada di sini untuk urusan semakan dan pembayaran Cukai Pintu.
Nota: Urusan adalah Cashless. Sila aktifkan kad debit/kredit atau perbankan online anda untuk memudahkan urusan.
2. KITAR SEMULA & TEBUS TUNAI (idamanXchange)
- Bawa sampah boleh jadi duit! Minyak masak terpakai, tin, botol plastik, dan kertas semua boleh ditebus dengan wang tunai (melalui e-wallet).
3. PROGRAM PENUKARAN TONG SAMPAH
- Tong lama rosak atau hilang? Tukar yang baru!
- Perumahan: Salinan bil elektrik/air & Tong rosak (WAJIB bawa). Jika hilang, bawa salinan laporan polis.
- Premis Perniagaan: Salinan bil elektrik/air, salinan SSM & Tong rosak/laporan polis.
Satu langkah kecil kita, impak besar buat komuniti Bandar Puteri Jaya. Jumpa anda esok di perkarangan Surau Al Mubarak!
Bersama kita lestarikan kawasan kediaman kita.


