TAWARAN PENYEWAAN GERAI MPSPK

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tawaran penyewaan gerai kini dibuka untuk orang ramai.

Inisiatif ini memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka di lokasi strategik di sekitar bandar Sungai Petani, sambil meningkatkan kemudahan perkhidmatan kepada pengunjung dan masyarakat setempat. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti perniagaan yang dinamik ini! 

Lokasi Gerai:

  • Kedai Taman Delima
  • Kompleks Niaga Sri Tanjung
  • Kedai Stesyen Teksi Jalan Petri
  • Kiosk Hadapan Sek Men Che Tom
  • Laman Selera Taman Bandar Baru
  • Kedai Permatang Katong
  • Medan Selera Taman Ria Jaya

Syarat permohonan? Mudah sahaja – rujuk poster untuk maklumat lengkap! 

Borang permohonan boleh didapati di: Kaunter Jabatan Pengurusan Fasiliti

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar semula ke:

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta / Jabatan Pengurusan Fasiliti
Tingkat 3, Menara MPSPK, 08000 Sungai Petani, Kedah

Tarikh tutup permohonan: Sebelum 30 April 2026 (Khamis), jam 3.30 petang

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

 04-4296666 (sambungan Jabatan Pengurusan Fasiliti)

Skip to content